~MujaHiDah ALlah~

~MujaHiDah ALlah~

Tuesday, April 5, 2011

ALlah..ALlah..ALlah...

dipetik dari bait-bait ustazah Fatimah...

Jangan mudah mendakwa dan mengaku beriman dan cinta ALLAH selagi hati masih belum benar2 suci dengan segala sifat mazmumah yang keji dan hati masih berlumuran dengan najis syirik yang tersembunyi…

Betapa ramai yang tahu bahawa tiada yang mengerakkan dan mendiamkan sesuatu dan benda malainkan ALLAH namun kenapa masih ramai yang mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku????. Katakanlah ALLAH....

Tiada apa yang patut difikirkan dan dibuat kajian jika yakin semuanya adalah lakuan dan ketentuan ALLAH....

Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat menghalang apa jua pemberian dan kurniaan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang telah ALLAH tahan dan tegah. Sesungguhnya ALLAH atas segala sesuatu MAHA BERKUASA...

Alamat dan tanda orang yang disukai dan dikasihi ALLAH sering ingat ALLAH dan mudah sebut ALLAH. Manakala tanda dan alamat orang yang dibenci ALLAH sering lupa dan derhaka kepada ALLAH serta payah untuk menyebut ALLAH....

Barangsiapa yang menjadikan ALLAH matlamat dan tujuan nescaya segala perkataan, amalan, tindakan, perbuatan, sifat dan akhlak lahir dan bathin akan selari dan muafakat dengan Sunnah Rasulullah saw....

Tiada ada jalan lain untuk dapat mengenal ALLAH malainkan dengan rahmat dan pertolongan ALLAH. Tiada akan dapat rahmat dan pertolongan ALLAH melainkan dengan melaksana dan menjunjung perintah ALLAH dan Rasulullah saw lahir dan bathin..

Maka larilah kepada ALLAH, kerana kepada NYA jua tempat kembali dan berserah.. berpalinglah dari yang lain dan berhadaplah kepada ALLAH kerana semuanya selain ALLAH akan binasa, YANG KEKAL hanyalah ALLAH YANG HAQ dan BAQA' ....

Saturday, April 2, 2011

~saHaBatku..........

Melangkah itu mudah,
Namun mncari arah itu yg terkadang payah..

Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yg susah…

Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah…

Dalam semua ini..
Menjaga istiqomah itu paling susah, payah dan lelah..

Namun DIA amat faham..
Bagi hambaNYA, DIA tidak meminta manusia mnjadi yg trbaik,
Hnya perlu utk melakukan yg terbaik…
Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kpdaNYA,
Lantas nescaya DIA akan mnguruskan yg selebihnya,
Agar yg terbaik itu mnjadi milik manusia..

Moga perjalanan kita sentiasa d dlm lindungan dan pnjagaan ALLAH SWT..

Ameeen.

Tuesday, February 22, 2011

LuV ALlah...!!!

                                      Wanita yg suci adalah wanita yg dijaga ALLAH ,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh
dirinya mahupun hatinya
Kerana ALLAH teramat mencintainya’

Tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki..
Dimana ALLAH untuk menjaga kita??
Allah seperti  melepaskan kita kepada seseorang yang
Lebih banyak mengecewakan kita.
.
Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..
Bermakna ALLAH mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNYA..
Mengapa masih ragu-ragu???

“Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari”
Hargailah kesempatan yang ALLAH berikan..
“sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya”- imam Ghazali
“selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana,
Aku tidak memilihnya selagi akal masih dikepala,…
Menghirup ketenangan hidup…
Kerana permulaan cinta adalah ketenangan …
pertengahannya derita
dan kesudahannya jiwa melayang”

KELEBIHAN WANITA DI SISI ISLAM….(^_^)




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wednesday, January 5, 2011

Duhai seseorang disana.....

Duhai seseorang disana .....
Bila Allah mengizinkan kita bertemu kelak . . .
Bila Allah mewujudkan takdir pernikahan kita kelak . . .
Dan bila kemudian disaat kita hidup bersama..
Lantas terlihat sisi salah pada diriku,
 
Semoga Allah mengurniakanmu kemampuan untuk melihat sisi baikku. 

Sungguh Allah swt yang mempertemukan dan menyatukan hati kita dengan pesannya yang Agung,


 "Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." .

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan:
  

"Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka." 


Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan beliau...


 "Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim)

S
edarkah engkau bahwa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya?Bukankah kamu tahu bahwa hanyalah Allah yang Maha Sempurna.

Bukankah kurang bijaksana bila kamu hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu? 
Ya Allah,
Engkau-lah saksi ikatan hati ini terjadi...
Engkau-lah yang telah menentukan hatiku jatuh pada nya,
Jadikanlah cinta ku pada kasihku ..calon suamiku sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang sementara,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Jika ia rindu,Jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
Jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu.
Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu,
Ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Telah berjumpa pada taat pada-Mu,
Telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
Telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
 
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Amin ya rabbal alamin... (^_^)

Tuesday, December 21, 2010

~peMiLik hAti~

Warkah ini dimulakan dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. “Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini”. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

v  Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya,
v  yang zikirnya menjadi penawar dirinya,
v  tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi,
v  dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.
v  Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.
Ketahuilah mujahidku, Jika harta yang kau idamkan, sesungguhnya diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan padamu, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu ... Firman Allah..
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua bahawa diri ini di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak. Diriku adalah keturunan mulia, sama seperti dirimu.. ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s.

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah diriku tidak menidakkan bahawa dirimu juga pasti tidak terlepas seperti insan yang lain bukan. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Kepada tuntutan agama yang kucintai.,kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini melalui amalan ketaatan kepada Yang Maha Mulia..ALlahuRabbi..

 Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya Yang Agung.
Mujahidku..ketahuilah pendirianku ini ...Sesungguhnya pernikahanku akan ku jadikan ia medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang ada ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suami, agar dpermudahkan diri ini membentuk usrah muslim antara diriku, dirimu dan putera&puteri kita nanti yang akan dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)



Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam Qalam-Nya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan. Moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga-Nya. insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Aku meyakini bahawa Qalam ALLah jua lah yang mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya dan bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Begitu juga tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi,
aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

“Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Friday, December 17, 2010

***Seorang Gadis Itu****






Seorang gadis itu ...

Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ...
Telus wajahnya, setelus rasa membisik jiwa ...
di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bkn utk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia buat Adam..dialah Hawa, tetap di sini ...
dari indahnya Jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah…

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah yang memuji ...
seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah ...

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwanya, agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama ...
Allah swt jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia …
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran & kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis di akhir zaman, era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna Seorang gadis itu ...
yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan ...
dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai abidah  & mujahidah, pejuang ummah ...
anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah…
rumahnya taman ilmu..taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI~~ (^_^)

~~~ALlahu Rabbi..~~~